Sales Executive bertanggungjawab untuk menjana jualan, membina hubungan pelanggan dan mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. Selain itu, individu ini juga perlu terlibat dalam aktiviti promosi secara langsung (live hosting) bagi meningkatkan pendedahan produk dan jenama syarikat di platform media sosial.
TANGGUNGJAWAB UTAMA:
Menjana jualan baharu
melalui prospek pelanggan, panggilan susulan, dan lawatan pelanggan.
Membina dan mengekalkan hubungan baik
dengan pelanggan sedia ada serta memastikan kepuasan pelanggan.
Memahami produk dan perkhidmatan syarikat
bagi memberikan penerangan yang tepat dan meyakinkan kepada pelanggan.
Mencapai sasaran jualan bulanan dan tahunan
yang ditetapkan oleh syarikat.
Mengurus dan menjalankan sesi Live Hosting / siaran langsung
di platform media sosial (contohnya Facebook, TikTok, Instagram) apabila diperlukan untuk tujuan promosi dan jualan.
Bekerjasama dengan pasukan pemasaran
untuk merancang kandungan, promosi dan strategi jualan dalam talian.
Mengumpul maklum balas pelanggan
serta membantu menambah baik pendekatan jualan dan promosi.
Menyertai aktiviti promosi, pameran dan kempen jualan
yang dianjurkan oleh syarikat.
Menyediakan laporan prestasi jualan berkala
kepada pihak pengurusan.
Lain-lain tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan.
KELAYAKAN & KEMAHIRAN:
Minimum
SPM, Diploma / Ijazah
dalam bidang Pemasaran, Perniagaan atau setara.
Pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun
dalam bidang jualan (kelebihan jika berpengalaman dalam jualan automotif, aksesori atau produk pengguna).
Berpersonaliti menarik, petah berbicara dan yakin di hadapan kamera.
Mahir berkomunikasi dan berunding
dengan pelanggan secara bersemuka dan dalam talian.
Mempunyai