Kelayakan : 1. Sekurang-kurangnya SPM dengan kredit Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. 2. Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5 3. Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan 4. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer. 5. Mempunyai lesen Kelas D dan kenderaan sendiri Tanggungjawab : Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada agent, pasaraya, outlet dan sebagainya dalam usaha mempertingkatkan jualan syarikat. Selain daripada itu, juga bertanggungjawab untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti jabatan jualan. Diskripsi Tugasan 1. Membuat lawatan (servis) pelanggan dan memastikan: a) Membuat semakan stok barangan pelanggan utama. b) Membuat perbincangan berkaitan sales review dan pencapaian target bulanan. c) Memberi maklumat terkini berkaitan pindaan sebarang perkara di dalam memorandum persefahaman. d) Menangani semua aduan yang dibuat oleh pelanggan utama. e) Membuat perbincangan bagi menambah kuantiti tempahan barangan. f) Membantu membuat kutipan jualan. 2. Menyelia jurujual pihak pelanggan dengan : a) Menyemak jumlah stok dan bilangan kategori barangan yang dibawa oleh jurujual. b) Bekerjasama dengan jurujual dalam urusan berkaitan lokasi atau perjalanan bagi membuat jualan. c) Membuat semakan laporan jualan jurujual. d) Memberi maklumat pasaran baru bagi membantu jurujual. e) Mencatit sebarang aduan yang diterima daripadapelanggan yang dilawati. 3. Membuka pasaran baru dengan mendapatkan tempahan daripada pelanggan baru dan serahkan tempahan tersebut kepada pelanggan utama atau kepada jurujual pelanggan utama. a) Membuat semakan pasaran. b) Membuat semakan harga barangan semua produk keluaran syarikat. c) Membuat semakan kategori produk yang diletakkan di dalam sesebuah outlet dan menambah kategori produk. d) Mendapatkan tempahan barangan dan diserahkan kepada pelanggan utama atau kepada jurujual pelanggan utama. 4. Membuat pengkalan data pelanggan dengan mendapatkan maklumat lengkap pelanggan dari masa ke semasa bagi membentuk pengkalan data pelanggan. 5. Menyediakan laporan-laporan seperti : a) Laporan lawatan pelanggan utama. b) Laporan penyeliaan jurujual pelanggan utama. c) Laporan pembukaan pasaran baru. d) Laporan bilangan pelanggan (retail outlet) dalam zon yang telah ditetapkan 6. Membantu membuat kutipan jualan dan aktiviti pemasaran agensi. 7. Menghadiri mana-mana mesyuarat yang diarahkan oleh syarikat dari masa ke semasa. 8. Memastikan semua tugasan dijalankan mengikut polisi yang telah ditetapkan. 9. Memastikan bahawa produk yang dipasarkandapat menyokong keseluruhan strategi dan kepentingan syarikat. 10. Membantu untuk meningkatkan keuntungan syarikat dengan memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang syarikat. 11. Mempunyai pengetahuan berkaitan dengan \xe2\x80\x98product knowledge\xe2\x80\x99 dan berkemampuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk dengan pelanggan. 12. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pelanggan. 13. Lain-lain perkara yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
A leading herbal manufacturer products in FMCG. Has been established for about 25 years and has wide range of products.
STPM / A Level or Equivalent
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.