Peluang Kerjaya: Wakil Jualan & Pemasaran (Travel) based di HQ, Kota Bharu
Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd
mencari calon jualan dan pemasaran untuk membantu dalam pengiklanan dan penjualan pakej pelancongan Syarikat kami.
Keperluan:
?
Kelayakan:
Sijil, Diploma atau Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perniagaan atau bidang berkaitan
?
Kemahiran:
Kemahiran komunikasi dan jualan yang baik, mampu berinteraksi dengan pelbagai jenis pelanggan.
?
Pengalaman:
Pengalaman dalam jualan perkhidmatan atau pemasaran dalam bidang perlancongan @ Umrah adalah kelebihan & diutamakan.
?
Kemahiran Tambahan:
Motivasi tinggi, inovatif, dan mampu bekerja secara berpasukan dalam suasana yang pantas.
Manfaat:
Reputasi
: Penilaian Google Review
4.9
membuktikan perkhidmatan berkualiti kami.
Peluang membina pasukan sendiri & mengembangkan perkhidmatan Travel & Tours ke seluruh negeri.
Insentif serta Reward Tambahan selain komisen yang berbaloi.
Deskripsi Tugas:
Membina Strategi Jualan
Merangka dan melaksanakan pelan strategik jualan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Menjana rancangan jualan unik untuk menutup urusan dengan pelanggan.
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas wakil Jualan dan capai KPI Jualan yang diberikan Syarikat setiap bulan.
Menjejak data jualan untuk memastikan Syarikat memenuhi kuota jualan.
Membuat dan membentangkan laporan prestasi jualan.
Mempromosikan Pakej & Mengurus Aktiviti Jualan
Menganalisis pasaran dan mengenal pasti peluang baharu untuk memperluas capaian perkhidmatan.
Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa.
Selalu aktif dalam mencari target pelangan (customer).
Menjalankan pemasaran dan promosi.
Mencipta iklan yang menarik melalui media sosial Syarikat
Boleh membuat live mempromosikan pakej pelancongan Syarikat.
Run social media ads & boleh menganalisis data ads.
Memberi Perkhidmatan & Layanan Terbaik
Mengembangkan jaringan pelanggan dan menjalin hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu.
Menjawab soalan daripada pelanggan tentang pakej dan faedah perkhidmatan.
Buat sebut harga seperti yang diminta oleh pelanggan.
Kumpulkan maklum balas pelanggan / ejen untuk analisis pemasaran.
Waktu Kerja:
9.00 pagi -6.00 petang (Ahad - Khamis)
Berminat boleh send resume ke whatsapp : 019-2104986 atau email ke amri.kelcap@gmail.com