Job Description

Pengenalan



Peluang kerjaya yang menarik bersama

Warisan Niaga

sebagai

Site Supervisor

yang berpusat di Kamunting, Perak. Anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan projek-projek syarikat berjalan lancar -- menepati masa, bajet dan standard kualiti yang tertinggi. Anda akan bekerja rapat dengan pasukan projek serta pihak berkepentingan bagi memastikan setiap fasa projek dilaksanakan dengan cemerlang.

Tanggungjawab Utama



Terlibat dalam keseluruhan perancangan projek dari peringkat konsep sehingga siap pembinaan. Memantau kemajuan projek, mengenal pasti risiko, mencadangkan penyelesaian serta melaksanakan tindakan pembetulan apabila diperlukan. Menyediakan laporan terperinci, dokumentasi, jadual kerja, dan pembentangan berkaitan status projek untuk rujukan pihak pengurusan dan pemegang taruh. Membantu menyelaras kerjasama bersama perunding luar, pihak berkuasa, kontraktor, pelanggan dan pihak berkepentingan lain. Mengendalikan pertanyaan pelanggan serta menyediakan dokumen berkaitan seperti sebut harga, pelan AutoCAD, dokumen serahan dan laporan pemeriksaan tapak. Menyertai mesyuarat tapak, sesi handover projek, dan menjalankan pemeriksaan kualiti di lapangan.

Kelayakan & Kemahiran Yang Diperlukan



Ijazah dalam Kejuruteraan Awam, Ukur Bahan atau bidang berkaitan. Minimum 1 tahun pengalaman dalam industri hartanah atau pembinaan. Graduan baharu digalakkan memohon.*
Kemahiran pengurusan projek yang baik serta mampu merancang, mengurus dan menyelaras projek berskala kompleks. Kemahiran menyelesaikan masalah secara efektif, berfikir kritikal dan berorientasikan penyelesaian. Mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan yang minimum. Kemahiran komunikasi yang cemerlang serta mampu berurusan dengan pelbagai pihak termasuk klien, kontraktor dan perunding. Mempunyai lesen memandu yang aktif.

Apa Yang Kami Tawarkan



Kami komited menyediakan persekitaran kerja yang menyokong perkembangan kerjaya dan kesejahteraan pekerja. Anda akan berpeluang menyertai projek hartanah yang menarik, meningkatkan kemahiran profesional, dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat.

Sila hubungi dan hantar resume anda ke whatsapp:

Aiman: 019 643 0062



Job Type: Full-time

Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1317682
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kamunting, M08, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned