Staf Butik Kuantan

Kuantan, M06, MY, Malaysia

Job Description

:

Deskripsi Tugas (O-J-L-C-D-S-R)



O

perasi

J

ualan

L

ive

C

ontent

D

atabase

S

tok

R

ekod

1. Pengendalian Operasi Harian Butik



Bertanggungjawab mengurus dan memastikan operasi butik berjalan lancar setiap hari. Membuka dan menutup butik mengikut waktu operasi yang ditetapkan.Menyambut pelanggan dengan mesra dan memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dan premium. Menjaga kebersihan, susun atur dan imej butik supaya sentiasa menarik dan kemas. Menjaga kebersihan dan kekemasan butik secara menyeluruh termasuk lantai, fitting room, kaunter dan patung. Melaksanakan aktiviti 'housekeeping' harian/mingguan mengikut jadual bertugas. Membungkus dan mengurus penghantaran produk dengan kemas, tepat dan cepat. Melaporkan sebarang isu operasi atau kerosakan peralatan kepada penyelia dan pengurusan dengan segera. Memastikan dan mengumpul 5 Review dari pelanggan

2. Jualan, Khidmat Pelanggan dan Servis Dalam Talian (Online)



Mencapai sasaran jualan melalui walk-in, pelanggan tetap & pelanggan online. Memberi cadangan padanan pakaian & nasihat pemakaian kepada pelanggan. Menutup jualan melalui walk-in, WhatsApp, media sosial & e-commerce.Mengendalikan pertanyaan dan pesanan melalui WhatsApp, DM, Shopee, TikTok, dan laman web rasmi secara cekap dan profesional Memberi servis pelanggan secara sopan, sabar dan profesional, serta menyelesaikan sebarang aduan dengan segera.

3. Strategi Live Selling (Aktiviti Utama)



Menjalankan sesi live di TikTok & platform lain secara konsisten. Menyusun produk, skrip dan visual untuk live Meningkatkan conversion jualan melalui komunikasi yang menarik & yakin. Membuat laporan jualan & prestasi selepas setiap sesi live. Live dianggap saluran jualan utama untuk Dreamyza, kehadiran dan kualiti live secara langsung memberi kesan kepada pencapaian sasaran butik.

4. Kandungan & Aktiviti Pemasaran



Menyediakan content (gambar, video dan caption) berkualiti tinggi untuk media sosial butik. Menyertai kempen pemasaran yang telah diatur oleh HQ Menjalankan aktiviti promosi butik seperti kemaskini postin*g dan status di media sosial & WhatsApp.
Merakam video testimoni pelanggan Membantu menguruskan aktiviti photoshoot jika perlu

5. Aktiviti After Sales & Pengurusan Database Pelanggan



Mengemaskini senarai pelanggan selepas setiap jualan secara konsisten. Mengurus dan menyusun senarai pelanggan VIP, pelanggan aktif & prospek mengikut kategori untuk siaran WhatsApp & promosi. Menjalankan follow-up berkala kepada pelanggan sedia ada. Menjalankan 'after sales service' atau aktiviti

engagement

seperti follow-up pelanggan, ucapan terima kasih, pengumpulan testimoni dan maklum balas serta info produk terkini. Mengurus dan menghubungi

senarai broadcast WhatsApp

yang merangkumi pelanggan tetap, baru dan belum beli. Menyediakan laporan ringkas mingguan berkaitan aktiviti after sales dan pencapaian pelanggan tetap.

6. Pengurusan Stok & Visual Merchandising



Menguruskan stok masuk & keluar, memastikan jumlah dan keadaan stok adalah tepat. Melabelkan pakaian dengan tanda harga yang betul serta menyusun stok mengikut kategori, warna dan saiz dan memastikan semuanya dilabelkan dengan betul. Menjalankan audit stok secara berkala (mingguan) dan melaporkan sebarang kehilangan atau ketidaksamaan. Menyusun dan mempamerkan pakaian dengan kemas dan tersusun serta patung butik mengikut tema visual dan koleksi semasa. Memastikan stok di laman web dan senarai jualan dalam talian dikemaskini selari dengan stok sebenar. Kemaskini stok dalam sistem & web.

7. Pengurusan Ejen / Dropship / PS



Menyokong dalam urusan harian dengan ejen, dropship atau PS jika diperlukan. Membantu memberikan maklumat promosi dan produk terkini kepada mereka untuk memudahkan proses jualan.

8. Rekod, Pentadbiran & Pelaporan



Mengemaskini rekod ahli dan maklumat pelanggan di dalam pangkalan data. Menyediakan laporan jualan harian/mingguan, laporan tugasan serta laporan stok. Membantu dalam kemaskini dokumen pentadbiran berkaitan.

9. Lain-lain Tugas



Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Matlamat Utama Jawatan Ini



Menjana dan mencapai sasaran jualan butik & dalam talian. Memberikan pengalaman membeli-belah premium yang konsisten kepada pelanggan. Meningkatkan bilangan pelanggan tetap dan engagement pelanggan melalui servis terbaik dan komunikasi berkesan. Memastikan butik sentiasa kemas, terurus dan mencerminkan jenama Dreamyza yang elegan dan eksklusif. Mencapai dan melepasi target jualan melalui Live sebagai saluran jualan utama.
Meningkatkan jumlah dan kesetiaan pelanggan melalui content, servis & database.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

Health insurance Opportunities for promotion Professional development
Ability to commute/relocate:

Kuantan: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Experience:

retail or boutique: 1 year (Required)
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1302502
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kuantan, M06, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned