Deskripsi Kerja
Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am (PRA) sebelum mereka menjalankan kerja harian mengikut jadual dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi.
Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pengurusan operasi.
Memastikan semua pekerja bekerja mengikut prosedur dan piawaian kerja (KPI) yang dikehendaki oleh pihak syarikat.
Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan dalam kerja-kerja operasi yang dijalankan seharian.
Melaksanakan kerja-kerja pengawasan dan penyeliaan harian ke atas jadual-jadual kebersihan am dan kutipan sisa pepejal.
Menyediakan laporan harian kerja-kerja kebersihan awam dan kutipan sisa pepejal kepada pihak operasi setiap hari setelah kerja-kerja diselesaikan.
Menilai tahap prestasi kerja bagi pekerja-pekerja di bawah seliaan
Menyediakan laporan kedatangan pekerja dan merekod segala cuti yang berkaitan bagi semua pekerja di bawah seliaan.
Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Pentadbir Cawangan / Eksekutif Operasi.
Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.
Calon yang memohon jawatan ini, perlu ada kriteria seperti dibawah:
Minimum Diploma dalam bidang yang berkaitan.
Fasih dalam Bahasa Melayu dengan pemahaman yang munasabah dalam Bahasa Inggeris.
Mempunyai lesen memandu B2 dan mempunyai motosikal sendiri.
Mempunyai pengalaman selama 1 tahun atau lebih.
Keutamaan kepada calon Lelaki yang tinggal di kawasan Pontian atau berhampiran diutamakan / digalakkan untuk permohonan ini.
Job Type: Contract
Pay: From RM2,200.00 per month
Application Question(s):
Adakah anda boleh berulang-alik atau berpindah ke Pontian untuk jawatan ini? (Sekiranya tidak menetap di Pontian)
Berapakah jangkaan gaji anda (Expected salary?)
Adakah anda mempunyai lesen memandu B2 dan mempunyai motosikal sendiri?
Adakah anda menetap di Pontian atau berhampiran dengannya?
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.