Bertanggungjawab memastikan operasi penerimaan, penyimpanan, dan pengeluaran beras berjalan lancar dengan dokumentasi tepat dan pengurusan insiden berkesan. Menyelia kawalan makhluk perosak, memantau penyelenggaraan fasiliti untuk keselamatan, serta melaksanakan tugas tambahan yang memastikan keselamatan dan ketenteraman gudang.
Tanggungjawab:
1. Operasi Penerimaan Beras
Menetapkan lokasi lot beras untuk setiap kargo yang masuk bagi memastikan susunan stok efisien dan mudah diakses.
Menyemak dan mengesahkan Surat Agihan serta memastikan kesediaan peralatan operasi untuk kelancaran penerimaan beras.
Menyelia pengendalian beras, pembersihan palet, dan kawalan makhluk perosak untuk mengurangkan risiko kerosakan dan pencemaran.
Melaporkan kejadian beras basah, rosak, atau kemalangan untuk tindakan pembetulan segera.
Menyediakan dan mengemas kini dokumen operasi harian dan rekod penerimaan beras untuk memudahkan rujukan dan pengurusan inventori
2. Operasi Penyimpanan Beras
Memeriksa jumlah stok fizikal harian untuk memastikan stok beras sentiasa teratur dan mematuhi tahap inventori yang ditetapkan.
Mengemaskini Pelan Lantai Gudang secara mingguan bagi memastikan susun atur stok yang sistematik.
Memaparkan label pada stok untuk memudahkan pengenalan dan mengurangkan risiko kesilapan.
Berkoordinasi dengan kontraktor pembersihan dan kawalan makhluk perosak untuk memastikan kebersihan dan keselamatan ruang penyimpanan.
Memeriksa kestabilan susunan beras dan memastikan peralatan operasi sedia digunakan untuk mengelakkan risiko runtuhan dan memaksimumkan produktiviti
3. Operasi Pengeluaran Beras
Menyemak dan mengesahkan Pelan Pengambilan Beras atau Salinan Invois untuk memastikan pesanan tepat.
Menyelia pengendalian beras bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar dan beras dikendalikan dengan cermat.
Memastikan kesediaan peralatan operasi untuk kelancaran aliran pengeluaran.
Melaporkan kejadian beras rosak atau basah serta kemalangan untuk tindakan pembetulan segera.
Menyemak dan merekod dokumen operasi harian serta pergerakan kargo untuk memastikan ketepatan rekod dan maklumat stok
4. Pengurusan Kontraktor Kawalan Makhluk Perosak
Mengesahkan Pesanan Kerja (Work Order) sebelum memulakan aktiviti kawalan makhluk perosak untuk memastikan ketepatan skop kerja.
Memaparkan Jadual Kerja Bulanan untuk memastikan semua kakitangan dan kontraktor mengetahui jadual aktiviti kawalan makhluk perosak.
Menyemak dan menyelenggara Laporan Perkhidmatan untuk memastikan rekod yang tepat dan pemantauan kualiti kerja kontraktor.
Memantau kehadiran pekerja kontraktor bagi memastikan mereka mematuhi keperluan kerja dan prosedur keselamatan
Melaporkan kemalangan yang melibatkan pekerja atau kargo untuk memastikan langkah pembetulan segera diambil
5. Pemantauan dan Pelaporan Penyelenggaraan Fasiliti
Menyiapkan Borang Kerosakan dan melaporkan untuk tindakan pembetulan bagi memastikan sebarang kerosakan dilaporkan dan diselesaikan dengan segera
Menyusuli perkembangan pembaikan untuk memastikan tindakan pembaikan berjalan lancar dan diselesaikan tepat pada masanya
Menjalankan pemeriksaan berkala dengan pasukan penyelenggaraan untuk memastikan semua fasiliti dan peralatan berada dalam keadaan baik
6. Lain-lain tugasan
Memastikan semua pintu gudang dibuka pada waktu operasi dan ditutup serta berkunci setelah selesai waktu operasi
Memastikan kunci-kunci gudang diserahkan ke peti simpanan kunci yang dikhaskan setelah selesai waktu operasi
Menyertai aktiviti kiraan stok tahunan bersama Jabatan Kewangan
Menyertai pengiraan stok berkala yang dijalankan oleh Jabatan
Menyertai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pihak atasan
Keperluan Kerja:
1. Kelayakan:
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Diploma dan setaraf
2. Tahun Pengalaman Kerja:
Minima 5-10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
3. Pengetahuan Khusus:
Pengurusan Stok
4. Kemahiran:
Pengetahuan dalam pengurusan stor termasuk penyimpanan, susun atur stok, dan prosedur penyelenggaraan gudang yang efektif.
Kemahiran dalam pengurusan stok dan inventori untuk memastikan stok disimpan dengan teratur dan mudah diakses.
Keupayaan dalam pengawasan operasi gudang harian, termasuk penerimaan dan pengeluaran barangan dengan memastikan dokumentasi yang tepat
Keupayaan dalam pengurusan kakitangan bagi menyelia pekerja gudang dan memastikan produktiviti yang optimum.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
Health insurance
Maternity leave
Professional development
Ability to commute/relocate:
Tawau: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Education:
Diploma/Advanced Diploma (Preferred)
Experience:
people management: 5 years (Preferred)
Warehouse/Storkeeper/inventory management: 5 years (Required)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.