Bertanggungjawab untuk mempromosikan dan menjual pakej Umrah syarikat kepada pelanggan individu, kumpulan, atau agensi. Konsultan ini akan menjadi wakil utama dalam memberi penerangan, khidmat nasihat, dan bimbingan kepada bakal jemaah mengenai perjalanan Umrah dari awal hingga akhir.
Key Responsibilities:1. Jualan & Pemasaran
Menjual dan mempromosikan pakej Umrah melalui pelbagai saluran (walk-in, media sosial, telefon, pameran, booth, dan lain-lain).
Menyediakan sebut harga, pelan bayaran, dan dokumen jualan dengan tepat dan profesional.
Mencapai sasaran jualan bulanan/ tahunan yang ditetapkan oleh syarikat.
Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan baru dan sedia ada.
2. Khidmat Pelanggan
Memberi penerangan lengkap mengenai pakej Umrah termasuk jadual perjalanan, hotel, penerbangan, visa, dan prosedur ibadah.
Menjawab pertanyaan pelanggan dengan pantas dan profesional melalui semua platform (telefon, WhatsApp, e-mel, dan media sosial).
Membantu pelanggan sepanjang proses pendaftaran hingga keberangkatan.
Menyelesaikan sebarang aduan atau isu pelanggan dengan baik dan efisien.
3. Penyediaan Dokumen & Operasi
Mengurus dokumen pelanggan (salinan pasport, gambar, vaksin, dan maklumat visa).
Memastikan semua dokumen dan bayaran diterima mengikut jadual.
Berkoordinasi dengan jabatan operasi untuk pengesahan penerbangan, hotel, dan jadual perjalanan.
4. Pengetahuan & Latihan
Sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan prosedur Umrah, syarat visa, dan perubahan dasar dari Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi.
Menyertai latihan dalaman atau kursus produk yang dianjurkan oleh syarikat.
Requirements:Kelayakan Minimum
Minimum SPM / Diploma dalam bidang Pelancongan, Pemasaran, Komunikasi, atau setara.
Pengalaman dalam industri travel, terutamanya dalam penjualan Umrah, diutamakan.
Kemahiran Diperlukan
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik (Bahasa Melayu & Inggeris).
Berpersonaliti menarik, yakin, dan proaktif dalam membuat jualan.
Mampu bekerja secara individu atau dalam kumpulan untuk capai target jualan.
Celik media sosial dan mampu menggunakan platform pemasaran digital.
Mempunyai asas ilmu Umrah dan kefahaman asas ibadah.
KPI Utama (Key Performance Indicators):
Jumlah jualan bulanan (RM / pax).
Kadar penukaran prospek kepada jualan sebenar.
Tahap kepuasan pelanggan.
Ketepatan dan kecekapan pengurusan dokumen.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 per month
Benefits:
Maternity leave
Opportunities for promotion
Parental leave
Professional development
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.