Deskripsi Tugas
Menjalankan tugas sebagai pemandu peribadi kepada Pengarah Syarikat.
Bertanggungjawab dalam memastikan pemanduan yang berhemah dan menjaga keselamatan penumpang dan kenderaan serta mematuhi peraturan lalu lintas.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/luar pejabat seperti despatch atau tugas-tugas perkeranian apabila diperlukan.
Memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa dan membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin sebelum dan selepas pemanduan.
Sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa termasuk ketika hujung minggu, cuti umum dan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Mahir dengan tempat dan jalan di kawasan Melaka serta mahir menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps.
Melakukan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh Pengarah syarikat.
Kelayakan
Tahap pendidikan minimum SPM.
Berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun.
Penglihatan yang baik serta sihat tubuh badan dan TIDAK mempunyai sebarang penyakit kritikal.
Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja sebagai pemandu peribadi.
Mempunyai pemanduan B2 & D yang sah.
Mempunyai rekod trek yang bersih serta tiada rekod jenayah.
Menepati masa dan boleh dipercayai.
Jujur, bertanggungjawab, fleksibel, komited dan boleh menerima arahan dengan baik.
Boleh bekerja luar dari skop kerja.
Hubungi HR di 06-288 3001 atau emel resume ke hrofficer.wesb@gmail.com.
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.