Eksekutif Jualan Digital, Rm1,900 Rm24,000

0 - 1 Year    Seremban, Malaysia
Seremban Gateway, Malaysia

Job Description

EKSEKUTIF JUALAN DIGITAL, RM1,900 - RM24,000 (PENGAMBILAN SEGERA)
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PENDAPATAN BULANAN
RM1,900 - RM24,000

MATLAMAT UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN
• Tidak ada pendidikan tinggi?
• Tidak cukup pengalaman kerja?
• Tidak pandai berniaga?
• Tidak ada harapan sama sekali?

Tetapi anda seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Anda tidak pernah berputus asa untuk melakukan apa sahaja sehingga selesai. Anda bekerja dengan bijak. Anda mempunyai keperibadian yang mantap dan bertekad untuk berjaya dan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan memberi masa yang berkualiti untuk keluarga. Anda ingin memperoleh kebebasan kewangan dan mempunyai impian kukuh untuk hidup yang berjaya. Anda mahu memiliki rumah, kereta, pergi bercuti, dan banyak lagi. Tetapi anda tidak akan menerima pekerjaan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak kira apa-apa pun.

Jawatan ini adalah khas untuk anda. Dengan tekad, impian anda lebih realistik daripada yang anda fikirkan.
• Memiliki rumah, kereta, percutian dan lain-lain
• Bersara sebelum berumur 40 tahun
• Tiada lagi tekanan tentang kewangan
• Beli apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup
• Lakukan perkara kegemaran dalam hidup
• Tolong orang lain ketika anda kaya
• Dapatkan rasa hormat dari orang lain

Masa tidak menunggu sesiapa pun, tetapi sesiapa saja boleh memilih untuk berjaya. Ini adalah peluang keemasan untuk menjana pendapatan tinggi dengan kekosongan baru untuk jurujual yang bercita-cita besar. Kami memberi anda peluang mengembangkan kenalan perniagaan yang tak ternilai dan membina rangkaian pendapatan tinggi yang bukan sahaja boleh memberi anda pendapatan terbaik sebagai titik permulaan tetapi bakal memberi ganjaran semakin tinggi untuk jualan yang berulang. Sekiranya anda seorang yang berimpian tinggi untuk meraih pendapatan yang besar, inilah peluang yang dinanti-nantikan.

KEPERLUAN
• Berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia
• Minimum SRP / PMR / SPM
• Kebolehan Bahasa Inggeris, BM, atau Cina
• Pengalaman penjualan dihargai tetapi bukanlah satu kemestian
• Lulusan baru digalakkan untuk memohon
• Bercita-cita tinggi dan bekerja secara berdikari

FAEDAH
• Komisen tinggi untuk ejen jualan yang bercita-cita besar
• Jualan lebih tinggi, kadar komisen meningkat
• Komisen bergulung 2 kali ganda bagi pelancaran rasmi
• Elaun Sambilan - $200-$6500 sebulan
• Bonus Prestasi - $500-$5000 sebulan
• Bonus Pertengahan-Tahun dan Akhir-Tahun - $600-$9000
• Elaun petrol mengikut hasil penjualan - $1300 maksimum
• Insentif percutian tahunan syarikat
• Jamuan malam tahunan

BERASASKAN KOMISEN
• Ejen jualan baru boleh memilih untuk menerima komisen mingguan bagi penjualan yang telah selesai untuk 3 bulan pertama
• Selepas 3 bulan, ejen jualan boleh mendapat lebihan ganjaran elaun sambilan dari $200 hingga $6500 sebulan sekiranya mencapai sasaran jualan (bersamaan dengan gaji pokok untuk kakitangan sepenuh masa)

JAM BEKERJA
• Waktu fleksibel dari 10 pagi hingga 10 malam
• Isnin hingga Ahad

PERATURAN MCO
• Pendaftaran MySejahtera
• Gunakan topeng muka dan pembasmi kuman
• Waktu operasi 8 pagi - 8 malam

PENERANGAN & TANGGUNGJAWAB
• Menjual ruang iklan digital
• Memahami semua produk digital dengan baik
• Mengenal pasti pelanggan dan peluang baru
• Perjumpaan dengan peniaga dan memperkenalkan produk
• Mengurus peniaga secara profesional
• Susulan perkhidmatan untuk mencapai sasaran penjualan
• Bercita-cita tinggi, profesional, dan berdikari
• Simpan dan mengurus rekod penjualan peniaga
• Memperkenalkan produk melalui media sosial

Sekiranya anda bersetuju dengan penerangan pekerjaan yang dinyatakan di atas, sila lengkapkan permohonan jawatan ini di pautan berikut.

serembanlah.my/digital-sales-application-bm.html

NOTA
Pendapatan bulanan ialah sekadar anggaran dari kadar penghantaran dan bergantung kepada jumlah penghantaran bulanan dan peringkat komisen.

Skills Required

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD252634
  • Industry
    Internet/Ecommerce
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Depends
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Seremban, Malaysia
  • Education
    Any Graduate
  • Experience
    0 - 1 Year