[ Pengenalan ]
-
Smart Mind Home Centre merupakan sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menyediakan perkhidmatan tuisyen dan kelas mengaji secara terus di rumah pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan
Kami mempunyai rangkaian database klien dan guru/tutor di setiap negeri. Oleh itu kami memerlukan beberapa orang pengurus bagi menguruskan database klien/guru/tutor mengikut cawangan & negeri yang akan ditentukan kemudian
[ Deskripsi Tugas ]
-
Tugas UTAMA pengurus (Branch Manager Home Tuition) ini adalah menguruskan klien-klien syarikat serta para guru/tutor yang berkhidmat bersama syarikat kami. Pengurusan penting melibatkan 5 perkara tunjang iaitu :
(a) Pendaftaran baharu ibu bapa (klien) yang mengambil perkhidmatan
(b) Mendapatkan tutor yang sesuai (matching tutor) dari senarai database tutor yang wujud di dalam sistem rangkaian syarikat untuk klien baharu daftar
(c) Menguruskan perjalanan database klien dan tutor yang sedia ada yang mengambil perkhidmatan bersama Smart Mind Home Centre
(d) Menguruskan kutipan yuran pelajar setiap bulan dari ibu bapa
(e) Menyediakan pengiraan bayaran elaun kepada para tutor yang terlibat pada akhir setiap bulan
[ Gaji & Imbuhan ]
-
Bayaran adalah dalam bentuk komisen semata-mata. Anggaran sekitar RM300 hingga RM2000 sebulan. Boleh jadi kurang daripada RM300 sebulan atau lebih daripada RM2000 sebulan berdasarkan kutipan sale yang berjaya dibuat setiap bulan oleh pengurus .(Commision Basis)
[ Lokasi Pekerjaan ]
-
Hanya bekerja secara terus di rumah. Tidak perlu pergi ke pejabat. Namun perlu hadir kursus penuh untuk mempelajari pengurusan kerja WFH ini
[ Masa Pekerjaan ]
-
Waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance) . Anda tidak terikat dengan sebarang waktu bekerja baik di siang hari ataupun pada malam hari
[ Kelengkapan Pekerjaan ]
-
Setiap pengurus disyaratkan MESTI mempunyai Laptop atau Desktop Komputer di rumah masing-masing. Ketiadaan Laptop/Desktop di rumah menyebabkan anda tidak layak untuk memohon jawatan ini
[ Kelayakan Umur ]
-
21 hingga 45 tahun sahaja
[ Temuduga ]
-
Pemohon yang terpilih sahaja akan tersenarai untuk dipanggil temuduga yang akan dilaksanakan secara online Google Meet
[ Kursus & Latihan Jawatan ]
-
Mereka yang berjaya terpilih sebagai Branch Manager Home Tuition diwajibkan menghadiri Kursus & Latihan secara face to face (fizikal) yang akan dijalankan bagi tempoh 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Bagi mereka yang berminat, sila whatsapp atau hubungi kami di talian
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.