Memastikan jenama Allkun Venture sentiasa tampil konsisten, profesional dan kreatif melalui hasil reka bentuk visual, video dan kempen pemasaran. Individu ini bertanggungjawab dalam membina kekuatan identiti jenama dari segi imej, kandungan dan persembahan kreatif di semua platform media
Skop Tugas Asas
A. Branding & Strategi Visual
1. Merancang dan mengekalkan identiti jenama Ruller Studio dibawah ALLKUN VENTURE (M) SDN BHD (warna, logo, tone, gaya visual).
2. Menyediakan dan mengemas kini Brand Guideline Manual.
3. Memastikan semua hasil design, video dan promosi selaras dengan arah branding syarikat.
4. Menyumbang idea kreatif untuk kempen pemasaran, promosi dan acara rasmi.
5. Bekerjasama dengan team marketing & sales dalam menghasilkan konten berimpak tinggi.
B. Graphic Design
1. Menyediakan reka bentuk grafik untuk media sosial, poster, brosur, katalog dan banner.
2. Merekabentuk bahan visual bagi promosi seperti Studio Raya, Pameran Pengantin & Event Rasmi.
3. Menyusun dan menyimpan fail reka bentuk dalam sistem yang teratur (Drive / Server).
4. Menghasilkan design untuk kegunaan dalaman (surat rasmi, tag, ID staff, form, dll).
5. Memastikan hasil kerja menepati piawaian jenama dan tarikh akhir (deadline).
C. Videographer & Video Editing
1. Menjalankan proses rakaman video untuk event, studio dan kempen korporat.
2. Mengendalikan kamera, lighting dan audio semasa penggambaran.
3. Menyunting video termasuk audio, motion graphic, dan color grading.
4. Menyediakan output video dalam format HD/MP4 untuk media sosial dan tayangan rasmi.
5. Menyimpan footage & projek video dalam sistem simpanan yang sistematik.
D. Media Sosial & Sokongan Kreatif
1. Membantu dalam penyediaan content calendar dan idea posting.
2. Menyediakan bahan visual & video pendek untuk Reels, TikTok dan iklan berbayar.
3. Menilai prestasi visual (views, engagement) dan mencadangkan penambahbaikan.
4. Membantu team marketing dalam pengurusan kempen online.
5. Menyokong operasi kreatif semasa photoshoot atau event studio.
Kelayakan Asas
- Lelaki / Perempuan berumur 20-35 tahun.
- Mahir dalam Adobe Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, CapCut / Canva Pro
- Kreatif, peka terhadap trend semasa (media sosial & pasaran)
-Boleh bekerja secara individu & kolaboratif dengan pasukan
- Miliki lesen & kenderaan sendiri satu kelebihan.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.