Job Summary:
Kami sedang mencari seorang Digital Marketer yang mahir dalam Meta Ads (Facebook & Instagram) untuk mengurus, mengoptimumkan dan menaik taraf kempen iklan berbayar kami bagi produk pakaian. Calon harus mempunyai pengalaman dalam menjalankan kempen dengan bajet kecil (RM5/hari) serta strategi untuk scale up secara berkesan bagi meningkatkan jualan dan ROAS (Return on Ad Spend).
Key Responsibilities:
Merancang, membina dan mengurus kempen iklan berbayar di platform Meta Ads Manager (Facebook & Instagram).
Menyusun struktur iklan berdasarkan funnel conversion (cold, warm, hot audiences).
Menjalankan A/B testing untuk copywriting, visual, CTA, dan audience targeting.
Memantau prestasi iklan secara harian, membuat laporan dan memberikan cadangan penambahbaikan.
Menguruskan bajet iklan harian bermula dari RM5/hari dan strategi scaling secara berperingkat.
Menganalisis data pixel, events, dan conversion metrics untuk tujuan optimasi ROI dan ROAS.
Bekerjasama dengan pasukan kreatif (jika ada) untuk menghasilkan visual & copy yang sesuai untuk iklan.
Membina custom audience, lookalike audience, dan strategi retargeting.
Menyediakan laporan prestasi mingguan dan bulanan kepada pengurus / founder.
Mengikuti trend semasa dalam dunia digital marketing dan Meta Ads algorithm update.
Requirements:
Minimum:
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam mengurus Meta Ads (FB & IG).
Faham cara membaca dan mentafsir data dari Ads Manager dan Pixel.
Biasa dengan strategi pemasaran dalam niche e-commerce (fashion/pakaian).
Mampu bekerja secara bebas dan remote, bertanggungjawab dengan KPI.
Pengalaman mengurus bajet kecil (RM5/hari) dan strategi scale up secara sistematik.
Mahir dalam penggunaan Meta Business Suite, Meta Ads Manager, dan Google Sheets/Excel untuk laporan.
Diutamakan jika ada:
Keputusan iklan sebelum ini yang menunjukkan ROAS positif atau peningkatan jualan.
Faham konsep customer journey, conversion funnel dan strategi remarketing.
Asas dalam penulisan iklan (copywriting) dan visual yang menarik di sosial media.
Working Arrangement & Benefits:
Bekerja secara WFH sepenuhnya.
Masa kerja fleksibel, fokus pada hasil (result-oriented).
Akses kepada tools dan training (jika diperlukan).
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Experience:
Digital marketing: 1 year (Preferred)
Facebook Advertising: 1 year (Preferred)
Work Location: Remote
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.