Eksekutif Sumber Manusia

Kuala Lumpur, M14, MY, Malaysia

Job Description

Senarai Tugas: Pegawai Sumber Manusia (HR Executive)



1. Latihan & Pembangunan (Training & Development)



Menganjurkan dan melaksanakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi kakitangan. Mengkoordinasikan bengkel, seminar dan sesi motivasi untuk pembangunan profesional. Mereka bentuk dan mencadangkan modul latihan yang selaras dengan keperluan syarikat termasuk latihan dalam talian (online learning). Berkomunikasi dengan ketua jabatan bagi memahami keperluan latihan dan cabaran yang dihadapi kakitangan. Menilai keberkesanan program latihan dan mencadangkan penambahbaikan. Mengurus rekod latihan serta menyediakan laporan berkala untuk rujukan pengurusan.

2. Pengambilan & Penempatan (Recruitment & Onboarding)



Mengurus proses pengambilan pekerja baharu termasuk saringan resume, temuduga dan cadangan calon. Menyediakan surat tawaran, kontrak pekerjaan dan mengurus proses orientasi pekerja baharu (onboarding). Menyelaras dokumentasi berkaitan pekerja mengikut standard syarikat.

3. Pentadbiran HR & Rekod Pekerja (HR Administration)



Mengemaskini dan menyelenggara rekod peribadi pekerja termasuk maklumat perkhidmatan, cuti, kehadiran dan prestasi. Mengurus fail HR dan memastikan dokumentasi sentiasa lengkap dan teratur.

4. Gaji & Faedah (Payroll & Benefits)



Berpengalaman menguruskan komponen gaji kakitangan seperti KWSP, PERKESO, PCB dan Zakat. Memantau dan mengurus faedah kakitangan termasuk tuntutan pergigian (dental), optikal (optical) dan perubatan (medical). Menyediakan rujukan kepada kakitangan berkaitan polisi gaji, faedah dan potongan wajib.

5. Pematuhan Perundangan (Compliance)



Memastikan organisasi mematuhi undang-undang buruh, Akta Buruh, peraturan keselamatan dan undang-undang lain yang berkaitan. Peka dan sentiasa mengikuti perkembangan serta pindaan akta terkini.

6. Prestasi & Perhubungan Pekerja (Performance & Employee Relations)



Membantu mengurus proses penilaian prestasi tahunan bersama penyelia dan ketua jabatan. Memberi maklum balas awal dan menyokong usaha meningkatkan prestasi pekerja. Membantu menyelesaikan isu, pertanyaan atau aduan dalaman pekerja secara profesional.

7. Tugas Tambahan



Melaksanakan apa-apa tugasan lain dari semasa ke semasa seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.
Job Type: Full-time

Pay: RM2,700.00 - RM3,400.00 per month

Benefits:

Dental insurance Flexible schedule Health insurance Maternity leave Opportunities for promotion Parental leave Professional development Vision insurance Work from home
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Job Detail

  • Job Id
    JD1318769
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kuala Lumpur, M14, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned