Bertanggungjawab mengurus artwork dan penghantaran pesanan kepada vendor luar seperti pembekal percetakan, kilang, atau kontraktor, memastikan setiap pesanan lengkap, tepat, dan mengikut jadual.
Tanggungjawab Utama:
1. Semak & Terima Pesanan
Menerima maklumat pesanan daripada pasukan jualan atau sistem.
Memahami spesifikasi pesanan termasuk kuantiti, material, jenis finishing, dan tarikh akhir.
2. Sediakan Artwork
Menyediakan atau mengemas kini reka bentuk dalam format vendor-ready (AI, PDF, PNG, TIFF).
Memastikan tetapan fail mematuhi keperluan vendor seperti bleed, margin, mod warna (CMYK), dan resolusi yang sesuai.
3. Hantar kepada Vendor
Melengkapkan borang pesanan vendor atau mengisi melalui portal vendor.
Memuat naik artwork bersama butiran lengkap seperti saiz, material, kuantiti, dan tarikh siap.
Mendapatkan pengesahan daripada vendor (proof atau acknowledgment).
4. Pantau Status Pesanan
Menjejaki kemajuan proses percetakan vendor.
Memaklumkan kepada pasukan jualan atau produksi sekiranya berlaku isu seperti kelewatan atau penolakan fail.
5. Kawalan Kualiti (QC)
Menyemak proof daripada vendor sebelum memberi kelulusan untuk cetakan.
Melakukan semakan akhir pada semua butiran pesanan sebelum dihantar untuk produksi.
6. Dokumentasi & Rekod
Menyimpan rekod lengkap bagi setiap pesanan vendor (nombor pesanan, kuantiti, fail akhir, invois).
Mengemas kini sistem (Google Sheet/ERP) bagi membolehkan pasukan lain menjejak status pesanan.
7. Komunikasi & Penyelarasan
Bertindak sebagai penghubung antara pasukan jualan/produksi dan vendor.
Memastikan komunikasi jelas, pantas, dan tepat bagi mengelakkan salah faham sepanjang proses kerja.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Free parking
Professional development
Education:
Diploma/Advanced Diploma (Preferred)
Experience:
Graphic Design: 2 years (Required)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.