GURU KAFA
KEKOSONGAN JAWATAN: GURU KAFA
Kami Sedang Mencari Calon yang Berkelayakan!
Sertai pasukan pendidik kami dalam membimbing anak-anak dengan ilmu agama, akhlak, dan nilai murni Islam.
Jawatan: Guru KAFA
Lokasi: SRII Madrasati, Seksyen 7, Shah Alam
Tarikh Mula: Januari 2026
Jenis Jawatan: Sepenuh Masa
Syarat Kelayakan:
Beragama Islam & warganegara Malaysia
Minimum SPM + Sijil KAFA (atau setara)
Boleh membaca dan mengajar Al-Quran dengan baik
Mempunyai asas dalam Fardhu Ain, Jawi, Akhlak Islamiah
Berdisiplin, bertanggungjawab & berakhlak mulia
Pengalaman mengajar diutamakan
Cara Memohon:
Hantar resume + salinan sijil ke:
nuhsark.ims@gmail.com
Hubungi: 0193362789
Tanggungjawab Utama:
1. Mengajar Al-Quran dan Fardu Ain
Mengajar bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Menyampaikan ilmu asas Fardu Ain termasuk akidah, ibadah, akhlak dan sirah.
Membimbing pelajar dalam hafazan surah-surah lazim.
2. Penyediaan Rancangan Pengajaran
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan silibus KAFA.
Menggunakan kaedah pengajaran yang interaktif dan berkesan.
3. Pentaksiran dan Penilaian
Menjalankan ujian lisan dan bertulis bagi menilai pencapaian pelajar.
Menyediakan laporan prestasi pelajar.
4. Pengurusan Kelas
Menjaga disiplin dan kebajikan pelajar semasa sesi pengajaran.
Menggalakkan suasana pembelajaran yang positif.
5. Aktiviti Kokurikulum
Terlibat dalam aktiviti luar bilik darjah seperti pertandingan Tilawah, Nasyid, Khat dan sebagainya.
Membantu dalam penganjuran majlis-majlis keagamaan sekolah.
6. Kerjasama dan Laporan
Bekerjasama dengan penyelaras KAFA, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah.
Menyediakan laporan berkala kepada Jabatan Agama Negeri.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
Professional development
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.