1. Perancangan Reka Bentuk (Design Planning)
Berbincang dengan klien untuk memahami keperluan, bajet, gaya, dan fungsi ruang.
Menyediakan konsep reka bentuk dalaman termasuk susun atur ruang, tema warna, pencahayaan, bahan, dan perabot.
Menghasilkan lukisan teknikal dan 3D visualisasi menggunakan perisian seperti AutoCAD, SketchUp, atau 3ds Max.
2. Reka Bentuk Kabinet Dapur
Merancang susun atur kabinet dapur yang ergonomik dan praktikal mengikut gaya hidup pengguna.
Menentukan jenis bahan, kemasan, warna, dan aksesori dapur.
Bekerjasama dengan pengeluar kabinet untuk pengeluaran dan pemasangan.
3. Pemilihan Bahan & Kemas Kini Kos
Menyediakan senarai spesifikasi bahan seperti lantai, jubin, pencahayaan, kemasan dinding, dan fabrik.
Menyediakan anggaran kos dan menyelaraskan pilihan bahan mengikut bajet klien.
Memastikan bahan yang dipilih sesuai dengan kegunaan dan tahan lama.
Tugas di Tapak Pembinaan
1. Pemeriksaan Tapak (Site Inspection)
Melawat tapak pembinaan secara berkala untuk memastikan reka bentuk dilaksanakan mengikut pelan.
Menyemak kedudukan paip, titik elektrik, serta struktur dinding sebelum kerja penamat dijalankan.
2. Penyelarasan dengan Kontraktor & Tukang
Bekerjasama rapat dengan arkitek untuk memastikan kelancaran pelaksanaan.
Memberi arahan kepada tukang pasang kabinet, jubin, perabot, dan kemasan dalaman.
3. Penyelesaian Masalah di Tapak
Menyelesaikan isu teknikal atau reka bentuk yang timbul semasa pembinaan, seperti perubahan spesifikasi atau kekangan ruang.
Membuat pelarasan reka bentuk jika perlu tanpa menjejaskan fungsi dan estetika.
4. Pemeriksaan Akhir (Final Inspection)
Melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap hasil kerja sebelum diserahkan kepada pemilik rumah.
Menyediakan senarai kerja pembetulan (punch list) untuk sentuhan akhir.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Maternity leave
Opportunities for promotion
Parental leave
Work Location: In person
Expected Start Date: 07/01/2025
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.