Juruservis Lelaki (hygiene) Ipoh

Ipoh, Perak, Malaysia

Job Description


RequirementsDalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami.
  • Melakukan servis Hygiene seperti menambah dan mengantikan tisu tandas, sabun basuh tangan, hand sanitizer, toilet sanitizer, pewangi udara.
  • Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
  • Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
  • Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
  • Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INICalon yang ideal memiliki:
  • Kelayakan pendidikan minimum tahap SPM/setaraf dengannya dan sijil asal perlu dikemukakan semasa permohonan.
  • Warganegara Malaysia dan berumur antara 21 dan 35 tahun (35 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan).
  • Mempunyai Lesen D dan/atau GDL yang sah.
  • Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
  • Menetap di kawasan berdekatan.
Sangat Diingini Jika Anda:
  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
  • Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
BenefitsGanjaran dan Faedah
  • Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
  • Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
  • Faedah rawatan pesakit luar.
  • Faedah rawatan mata dan gigi.
  • Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
  • Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!Peluang Sama RataRentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!Address:Rentokil Initial (M) Sdn Bhd.No. 22A & 26 Lebuh Perusahaan Klebang 9, Kawasan Perusahaan Klebang IGB, 31200 Chemor, Perak.

Rentokil Initial

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1061962
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Ipoh, Perak, Malaysia
  • Education
    Not mentioned