Memproses air daripada air mentah hingga menjadi air bersih serta memastikan kualiti air memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan dan pengeluaran loji menepati kehendak semasa. Pemantuan Berterusan Kualiti dan Proses Rawatan Air berdasarkan Piawaian yang ditetapkan: 1. Melakukan ujian balang setiap syif atau lebih kerap bergantung kepada perubahan kualiti air mentah. 2. Melakukan ujian kualiti air setiap 2 jam mengikut tatacara yang betul dan merekodkan keputusannya. 3. Mengawal dan melaraskan peralatan pendosan untuk mendapatkan dos yang optima bagi menghasilkan kualiti air yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan dan perjanjian konsesi berkaitan. 4. Melakukan ujian tadahan/ kalibrasi alat pendosan kimia bagi memastikan kadar aliran alat pendosan dilakukan dengan betul. 5. Memastikan penerimaan bahan-bahan kimia dari pembekal adalah mengikut prosidur yang betul dan memeriksa dan menguji kepekatan larutan bahan kimia yang baru diterima 6. Memastikan bahan-bahan kimia dan reagent mencukupi serta merekodkan penerimaan dan penggunaan, penyediaan larutan kimia disediakan dengan prosidur dan kepekatan yang betul 7. Melaporkan dengan segera kepada Penguasa Loji / Pengurus Loji jika berlaku sebarang perubahan luar biasa pada kualiti atau berlaku pencemaran pada air mentah, air mendap dan air bersih 8. Melakukan ujian kualiti air bersama dengan wakil dari makmal Pusat, makmal Bebas, Kementerian Kesihatan dan Bahagian Agihan Air Selangor serta merekodkan hasil keputusan tersebut 9. Bertanggungjawab memastikan Polisi Kualiti Makmal dipatuhi semasa menjalankan kerja kerja di makmal pada setiap masa. Mengemaskini Rekod berdasarkan keperluan Sistem Pengurusan: 1. Merekod dan melaporkan kerosakan kepada Penguasa Loji / Pengurus Loji dalam kerja-kerja harian yang melibatkan operasi, penyelenggaraan, kebersihan serta kekemasan loji 2. Memeriksa, merekod dan memastikan paras air di sungai, empangan, tangki penyedut berada di paras operasi selamat ketika memula dan semasa operasi loji dijalankan 3. Merekodkan penyelenggaraan yang dilakukan di setiap peralatan yang berkaitan 4. Mengawasi dan merekodkan paras air kolam imbangan, tangki air bersih, sungai dan empangan 5. Melakukan pencucian penapis dengan cara yang betul seperti dinyatakan dalam prosidur kerja (SOP). 6. Membantu Penguasa Loji / Pengurus Loji menyediakan laporan kualiti air bulanan. 7. Bertanggungjawab memastikan data kualiti air harian direkodkan ke dalam komputer Pematuhan Pengoperasi Loji berdasarkan keperluan SOP 1. Menjalankan pam dengan prosidur yang betul dan merekodkan operasi setiap pam seperti perjalanan pam, parameter elektrikal, bacaan tekanan, kadar aliran air dan semua data yang berkaitan dengan operasi pam pada setiap 2 jam sekali. 2. Memeriksa dan memastikan peralatan di loji seperti Switch Board, pam, motor, injap, air blower, on-Line analyser, chlorinator dan lain-lain peralatan mekanikal, elektrikal dan instrumentasi beroperasi dengan baik 3. Memastikan operasi loji dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. Pemantauan Kerja-kerja Penyenggaraan Loji untuk memastikan Operasi Loji berterusan: 1. Melakukan kerja-kerja penyenggaraan mudah atau kecil seperti membersih, menggeris, mengetat packing pam 2. Menjaga kebersihan loji, lantai, kawasan dan lain-lain peralatan dari habuk 3. Memastikan pam-pam beroperasi mengikut aturan perjalanan pam yang diaturkan oleh Ketua/Penguasa Loji 4. Menjaga kebersihan dan kekemasan bilik makmal, radas dan segala peralatan 5. Memeriksa dan memastikan peralatan makmal, peralatan pendosan dan peralatan yang berkaitan dibersih, dikalibrasi dan diselenggara dengan baik 6. Melakukan pencucian penapis dengan cara yang betul seperti dinyatakan dalam prosidur kerja (SOP). Mematuhi Keperluan Keselamatan dan Kesihatan: 1. Memastikan semua Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar dipatuhi mengikut kehendak syarikat 2. Mengenalpasti dan mematuhi sistem pengurusan keselamatan syarikat dan menggunakan peralatan keselamatan yang bersesuaian semasa menjalankan tugas 3. Sentiasa terlibat di dalam aktiviti keselamatan seperti Mock Drill atau Plan Tindakan Selamat di loji dan melaporkan sebarang keadaan tidak selamat di loji atau alam sekitar 4. Memastikan dan memantau hanya kerja-kerja yang diberi \xe2\x80\x98Permit To Work\xe2\x80\x99 sahaja dibenarkan melakukan kerja di loji 5. Melaporkan serta-merta kepada Penguasa Loji jika berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan yang berlaku ditempat kerja. Pematuhan Kepada Sistem Pengurusan Bersepadu Air Selangor (AIMS): 1. Mematuhi polisi AIMS pada setiap masa dan mengambil bahagian dalam inisiatif berkaitan sistem pengurusan 2. Memastikan objektif diwujudkan dalam sistem pengurusan, selaras dengan konteks dan hala tuju strategik organisasi 3. Menyampaikan kepentingan keberkesanan sistem pengurusan dan keperluannya 4. Memastikan sistem pengurusan dilaksanakan dengan berkesan dan dikemaskini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cAir Selangor\xe2\x80\x9d) was set-up as the special purpose vehicle of the Selangor State Government, to be the single holistic licensee for the provision of water services in Selangor and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, following the water services industry restructuring. The water services industry in Selangor, Federal Territories of Kuala Lumpur, and Putrajaya had been highly fragmented and inefficient for over two decades since the water services were privatised in 1994. It is the aspiration of the State Government of Selangor to improve efficiency and restructure the water industry by moving towards a holistic operating model for the water supply services industry. Hence, Air Selangor took over six (6) different water operators namely Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cSYABAS\xe2\x80\x9d), PNSB Water Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cPNSB Water\xe2\x80\x9d) (formerly known as Puncak Niaga (M) Sdn Bhd), Konsortium ABASS Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cABASS\xe2\x80\x9d), Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cKASB\xe2\x80\x9d), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (\xe2\x80\x9cSPLASH\xe2\x80\x9d), as well as Air Selangor for the Sungai Sireh and Semenyih 2 water treatment plants. With effect from 13 September 2019, Air Selangor has become the sole provider of holistic water supply services in Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, and Putrajaya operating under a license awarded by Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ("SPAN"). Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.