Group Five Civil Engineering (M) Sdn Bhd
Kontraktor G7 | Pakar Kerja Cerun & Infrastruktur
Jawatan: Jurutera Geoteknikal / Project Engineer (Cerun & Jalan)
Lokasi: Semenanjung Malaysia
Tentang Kami
Group Five Civil Engineering ialah syarikat kontraktor kelas G7 yang aktif dalam kerja cerun, jalan, dan infrastruktur awam untuk agensi kerajaan dan badan berkanun.
Kami kini memperkukuh pasukan teknikal untuk menjadi peneraju dalam kerja pemulihan cerun (slope stabilization) di Malaysia.
Tanggungjawab Utama
Menyediakan reka bentuk asas dan method statement untuk kerja cerun (soil nailing, gabion, shotcrete, retaining wall).
Menyemak & mengesahkan lukisan teknikal dan laporan geoteknikal.
Menyelia dan memastikan kerja di tapak mengikut spesifikasi JKR / konsultan.
Bekerjasama dengan pasukan projek dan penyelia tapak bagi memastikan kualiti dan keselamatan kerja.
Menyediakan laporan kemajuan teknikal dan menghadiri mesyuarat dengan pihak klien (JKR, JPS, PBT).
Kelayakan & Pengalaman
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (berdaftar dengan BEM diutamakan).
5 tahun ke atas pengalaman dalam kerja cerun, jalan, atau struktur penahan.
Kemahiran dalam penggunaan perisian geoteknikal seperti GEO5, PLAXIS, atau AutoCAD diutamakan.
Calon yang pernah berkhidmat di JKR / konsultan geoteknikal amat digalakkan.
Mempunyai disiplin, minat teknikal, dan keupayaan komunikasi baik dengan agensi kerajaan.
Faedah & Ganjaran
Gaji menarik mengikut pengalaman (RM5,000 - RM10,000 sebulan).
Elaun tapak & tuntutan perjalanan.
Peluang menjadi sebahagian daripada pasukan pembangunan teknikal cerun terkemuka di Malaysia.
Bagi calon berpengalaman tinggi, retainer bulanan atau per projek juga boleh dipertimbangkan.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM5,000.00 - RM10,000.00 per month
Work Location: In person
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.