Machine Operator (premix Food)

Pasir Gudang, M01, MY, Malaysia

Job Description

Jawatan Kosong: Operator Silo / Premix / Pelletmill


Lokasi: Pasir Gudang | Kerja syif | Industri Pembuatan / Makanan Ternakan

Kami sedang mencari individu yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berminat untuk menyertai pasukan pengeluaran kami sebagai

Operator Silo, Premix, dan Pelletmill

. Latihan akan disediakan bagi calon yang bersungguh-sungguh dan ingin membina kerjaya dalam industri pengeluaran makanan ternakan.

Skop Tugas & Perbezaan Setiap Peranan:



Sebagai

Operator Silo

, anda akan mengendalikan sistem pemindahan dan penyimpanan bahan mentah seperti jagung atau bijirin. Anda perlu memastikan bahan dihantar dengan betul ke bahagian pengeluaran menggunakan mesin silo dan sistem konveyor. Peranan ini memerlukan ketelitian dan kecekapan dalam kawalan stok serta kefahaman asas penyelenggaraan mekanikal.

Sebagai

Operator Premix

, anda akan terlibat dalam penimbangan dan pencampuran bahan mikro mengikut formula yang ditetapkan. Anda akan menggunakan penimbang elektronik dan mesin pencampur (ribbon mixer), dan perlu mempunyai kemahiran dalam pengendalian bahan kimia serta ketepatan tinggi dalam penyediaan campuran.

Sebagai

Operator Pelletmill

, anda bertanggungjawab mengendalikan mesin pelletmill untuk menghasilkan makanan ternakan dalam bentuk pelet. Tugas termasuk memantau suhu, kelembapan dan tekanan mesin seperti pellet press, conditioner dan cooler. Anda perlu mahir dalam pengendalian mesin berat serta mampu menyelesaikan masalah teknikal semasa pengeluaran berlangsung.

Kelayakan:

Minimum SPM atau Sijil Kemahiran berkaitan (Mekanikal/ Teknikal) Diploma boleh mohon Pengalaman 1-2 tahun dalam industri pengilangan diutamakan. Boleh bekerja mengikut syif dan bekerjasama dalam pasukan. Boleh bekerja syif
Kelebihan:

Peluang kenaikan pangkat dan latihan dalaman disediakan. Suasana kerja selamat dan bimbingan daripada penyelia berpengalaman. Gaji dikira tinggi daripada kilang lain, terdapat beberapa elaun tambahan dan faedah lain.
Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM2,000.00 - RM2,300.00 per month

Benefits:

Dental insurance Free parking Health insurance Meal allowance Opportunities for promotion Parental leave Professional development Vision insurance
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1250672
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Pasir Gudang, M01, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned