Syarat Kelayakan Jawatan :- * Lelaki dan Warganegara Malaysia.
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana dalam bidang Ukur Bahan, Kewangan, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Keutamaan bagi yang berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
Mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang perolehan dan kontrak / sebutharga dan tender;
Sijil-sijil profesional yang setaraf.
Deskripsi Tugas Utama :-PentadbiranBertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang cekap termasuk merancang, melaksana dan memastikan operasi pentadbiran syarikat termasuk alatan dan perabot pejabat, alat tulis dan barang bercetak serta kenderaan syarikat ditadbir dengan berkesan untuk menyokong operasi syarikat.Kewangan
Bertanggungjawab terhadap urusan perolehan dan kontrak Syarikat.
Melaksanakan kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
Bertanggungjawab memastikan polisi dan peraturan perolehan dipatuhi.
Melaksanakan analisa kos untuk perolehan dan kontrak.
Menyediakan terma dan syarat kontrak.
Membantu penyediaan anggaran dan kos kontrak.
Boleh bekerjasama dengan pembekal dan pelanggan dalaman bagi meminimakan kos dan memaksimakan keberkesanan \xe2\x80\x9csupply chain\xe2\x80\x9d.