Operator Pengeluaran Tanjong Malim, Perak

Tanjung Malim, M08, MY, Malaysia

Job Description

JAWATAN KOSONG: OPERATOR PENGELUARAN


Lokasi:

Tanjong Malim, Perak

Industri:

Pembuatan Automotif

TANGGUNGJAWAB KERJA:



Memahami dan mematuhi sasaran syarikat, peraturan, dasar kualiti, prosedur keselamatan serta amalan 5S. Memastikan sasaran pengeluaran harian dicapai secara konsisten. Memantau dan mengawal penggunaan bahan habis pakai secara langsung dan tidak langsung dengan betul. Terlibat secara aktif dalam aktiviti penambahbaikan berterusan seperti QCC, SGA dan inisiatif peningkatan proses lain. Memastikan semua borang semakan (check sheet) bagi peralatan, produk dan kualiti proses diisi dengan lengkap serta dipatuhi sepenuhnya. Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kerja, lantai pengeluaran, alatan, jigs dan stesen kerja pada setiap masa. Mengawal dan memantau kualiti proses dan produk mengikut SOP bagi mengurangkan hasil tolak, sisa dan kerja semula. Memahami dan mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti, khususnya ISO/TS 16949. Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh Eksekutif, Jurutera, Pengurus atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN:



Minimum

SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

atau kelayakan yang setaraf. Berpengalaman atau lepasan sekolah/pelatih baru digalakkan memohon. Pengalaman dalam bidang pengeluaran automotif atau persekitaran pembuatan merupakan satu kelebihan.

KEMAHIRAN TEKNIKAL:



Pemahaman asas terhadap proses pemasangan dan mesin pengeluaran. Keupayaan mengikuti arahan kerja, SOP dan piawaian kualiti dengan tepat.

KEMAHIRAN INSANIAH & SIKAP:



Disiplin tinggi, bertanggungjawab dan mampu bekerja dalam pasukan. Sedia belajar dan menyertai aktiviti penambahbaikan berterusan seperti QCC dan SGA. Kemahiran komunikasi yang baik serta mampu bekerja dengan pengawasan minimum.

KEPERLUAN FIZIKAL:



Sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam persekitaran pengeluaran yang pantas. Sanggup berdiri dalam tempoh yang lama dan melakukan kerja manual. Bersedia bekerja mengikut syif, pada hujung minggu dan kerja lebih masa (OT) apabila diperlukan. Pengetahuan mengenai sistem kualiti

ISO/TS 16949

adalah satu kelebihan.

KENAPA ANDA PERLU SERTAI KAMI?



Kantin disediakan dalam premis

- jimat masa rehat, tak perlu keluar kawasan kerja! Nikmati pelbagai

elaun menarik

seperti Elaun Syif Siang & Malam, Elaun Makan, Elaun Kantin serta Elaun Pengangkutan.*
Bekerja dalam

persekitaran yang selamat, tersusun dan berpasukan.

Peluang berkembang

bersama syarikat automotif yang sedang pesat membangun!

CARA MEMOHON



Anda boleh hadir

temu duga secara terus (Walk-In Interview)

di alamat berikut:

Lot 17321, Jalan Jelawai, Bandar Proton,
Mukim Hulu Bernam Timur,
Daerah Muallim, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Atau, hantarkan

resume terkini

anda kepada email

Jabatan Sumber Manusia:

_

hr.sanly@epmb.com.my

dan

Tajuk Emel:

Permohonan Jawatan: Operator Pengeluaran - Tanjong Malim.

_

Job Type: Full-time

Pay: From RM1,700.00 per month

Benefits:

Free parking Health insurance Maternity leave Meal allowance Opportunities for promotion Parental leave Professional development
Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1298086
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Tanjung Malim, M08, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned