Bertanggungjawab mengukur dan merekodkan berat bahan atau produk dengan tepat menggunakan alat penimbang dan peralatan yang berkaitan. Ini memastikan pematuhan kepada piawaian kualiti dan kuantiti, memudahkan pengurusan inventori, dan menyokong proses pengeluaran
Tanggungjawab:
1. Operasi Penerimaan Beras
Menyemak dan mengesahkan arahan penerimaan beras untuk memastikan kesahihan dan kelancaran proses penerimaan
Mengesahkan dokumentasi kapal konvensional bagi memastikan semua dokumen berkaitan penghantaran beras adalah lengkap dan tepat
Menyediakan ringkasan penerimaan beras secara manual bagi tujuan rekod dan pengesahan
Merekod bacaan berat beras yang diterima melalui sistem WBS untuk memastikan ketepatan berat beras yang diterima
Mengemaskini laporan pemunggahan kontena dengan maklumat yang relevan untuk pemantauan inventori
Memasukkan data ke dalam sistem berkenaan untuk memastikan rekod penerimaan beras tersedia secara digital dan boleh dirujuk
2. Operasi Penyimpanan Beras
Menyediakan laporan aliran stok harian untuk memberikan gambaran terkini mengenai jumlah stok beras
Mengemaskini laporan kedudukan lot tender bagi memastikan susun atur dan kedudukan stok beras adalah tepat dan terkini
Memantau stok yang telah lama untuk mengelakkan penyimpanan beras melebihi tempoh yang ditetapkan, menjaga kualiti stok
Menjana laporan lot kosong bagi memudahkan perancangan penyimpanan stok yang baru
3. Operasi Pengeluaran Beras
Mengesahkan invois jualan dan senarai pengambilan untuk memastikan ketepatan pesanan yang akan dihantar
Merekod bacaan berat beras yang dikeluarkan melalui sistem WBS bagi memastikan jumlah beras yang dihantar adalah tepat
Menjana pesanan penghantaran untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan pesanan
Mengemaskini kad stok beras manual dan sistem untuk memastikan semua rekod pengeluaran beras adalah tepat dan terkini
4. Penyelenggaraan dan Pencegahan
Melakukan pemeriksaan pencegahan ke atas semua peralatan timbang bagi memastikan semua alat timbang berfungsi dengan baik dan tepat
Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dengan segera untuk memastikan tindakan pembaikan dapat diambil tanpa melambatkan operasi
5. Pengurusan Fail
Mengemaskini dan menyelenggara dokumen operasi dengan sistematik bagi memudahkan rujukan dan rekod yang tepat.
Mengatur dan menyimpan fail stok beras dengan teratur bagi memastikan akses yang mudah dan penyimpanan yang selamat
6. Tugas Pelbagai
Mengambil bahagian dalam aktiviti pengiraan stok dan audit untuk memastikan ketepatan inventori gudang
Terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa keselamatan untuk memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan
Keperluan Kerja:
1. Kelayakan:
Minimum Diploma dalam bidang berkaitan
2. Tahun Pengalaman Kerja:
Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
3. Pengetahuan Khusus/Kemahiran:
Kemahiran dalam pengendalian alat timbang dan sistem penimbangan untuk memastikan ketepatan rekod berat barangan masuk dan keluar.
Pengetahuan asas mengenai proses penerimaan dan pengeluaran stok serta dokumentasi yang berkaitan dengan aktiviti timbangan.
Keupayaan untuk menggunakan sistem pengurusan inventori untuk merekod data berat dan memastikan rekod tepat serta kemas kini stok.
Kemahiran dalam menyediakan laporan dan menyimpan rekod timbangan secara teratur untuk tujuan audit dan rujukan.
Keupayaan mengurus kawalan kualiti dan pengesanan berat barangan, termasuk pemeriksaan kesilapan, kerosakan, atau ketidaksesuaian stok yang ditimbang
Kemahiran komunikasi asas untuk berkoordinasi dengan pasukan gudang, pemandu, dan vendor mengenai berat dan status kargo
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,500.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Health insurance
Maternity leave
Professional development
Ability to commute/relocate:
Perai: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Education:
STM/STPM (Preferred)
Experience:
warehouse: 2 years (Required)
warehouse/stock management/weigher: 1 year (Preferred)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.