Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat
Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur dan licin.
Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan tindakan pembetulan
Tanggungjawab:
1. Melaksanakan dan menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti
Menjadi wakil syarikat atau gudang semasa pihak surveyor membuka seal Kontena atau Lori
Sentiasa berada di kawasan pemunggahan untuk membuat kiraan dan pengesahan semasa kerja-kerja menurunkan beras daripada lori atau membuat stek beras
Menentukan tempat parkir kontena atau lori kargo dengan memastikan kawasan tersebut selamat untuk digunakan
Memastikan binaan stek beras mengikut kepada MPO yang telah diluluskan iaitu maksimum ketinggian adalah 30 lapisan tinggi atau mengikut kesesuaian gudang
Mengisi dan mengesahkan maklumat penerimaan beras mengikut Borang Tally Sheet yang disediakan
Memastikan semua beras di dalam lori atau kontena habis diturunkan serta memastikan semua beras disapu sebelum lori atau kontena keluar daripada kawasan gudang
Menyediakan laporan bertulis secara menyeluruh selepas kerja-kerja pemunggahan dan membuat stek selesai
Merekod ketibaan lori atau kontena yang memasuki gudang
2) Melaksana dan menjalankan Operasi Simpanan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti
Bekerjasama dengan Penjaga Gudang untuk menyediakan laporan pengesahan stok (Penerimaan & Pengeluaran
Membuat pengesahan kauntiti stok fizikal di dalam stek kad sebelum dihantar untuk kelulusan (Beras baik dan Lot Tender)
Bersedia menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Gudang
3) Melaksanakan dan menjalankan Operasi Pengeluaran Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti
Sentiasa berada di kawasan pemunggahan untuk membuat kiraan dan pengesahan semasa kerja-kerja menaikkan beras di dalam lori
Mengisi dan mengsahkan maklumat penerimaan beras mengikut borang Tally Sheet yang disediakan
Menyediakan laporan bertulis secara menyeluruh selepas kerja-kerja pemunggahan dan membuat stek selesai
Membuat kerja-kerja pembersihan selepas kerja-kerja pemnggahan selesai dibuat
4) Mengemaskini fail-fail operasi dan memastikan sistem pemfailan berjalan dengan baik di gudang
Mengemaskini dokumen-dokumen operasi dan sokongan operasi serta menfailkan dokumen tersebut mengikut arahan yang ditetapkan oleh pengurusan
Mengemaskini fail-fail stek beras dan menyimpan fail tersebut ditempat yang dikhaskan oleh pengurusan
5) Lain-lain tugasan
Menyertai aktiviti kiraan stok tahunan bersama Jabatan Kewangan
Menyertai pengiraan stok berkala yang dijalankan oleh Jabatan
Menyertai Jawatankuasa Keselamtan dan Kesihatan Pekerja
Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Gudang dan Ketua Zon
1. Kelayakan:
Minima Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang yang berkaitan
2. Tahun Pengalaman Kerja:
1 - 3 Tahun
3. Pengetahuan Khusus:
Pengurusan Stok
4. Kemahiran:
Kemahiran komputer Microsoft Office
5. Atribut Peribadi:
Mempunyai inisiatif sendiri (self-starter) dan proaktif
Boleh bekerja di bawah tekanan dan seliaan minima
Berintegriti tinggi, jujur dan amanah
Rajin dan berorientasikan pelanggan (dalaman dan luaran)
Job Type: Full-time
Pay: RM1,500.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Health insurance
Ability to commute/relocate:
Tawau: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Education:
STM/STPM (Preferred)
Experience:
Warehouse/Stock management: 1 year (Required)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.