Penolong Pengurus Ibu Pejabat ( Kontrak )

Petaling Jaya, Malaysia

Job Description


Kelayakan / Pengalaman

  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Pengurusan Koperasi / Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman 5 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Berkemampuan merancang, menyusun dan melaksanakan program Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan atau Jualan dan Pemasaran.
  • Perkembangan positif perniagaan adalah diutamakan.
  • Mempunyai komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
  • Mempunyai hubungan yang baik di antara agensi kerajaan / swasta akan diutamakan.

Bidang Tugas
(i) SEKSYEN EKOSISTEM KREDIT KEWANGAN
  • Bertanggungjawab merancang, menyusun dan melaksanakan program Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan, perkembangan Ekosistem Kredit Kewangan dalam perniagaan dan laporan bulanan.
  • Bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan operasi Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) bagi memastikan perkhidmatan ini berjalan dengan lancar.
  • Mempunyai pengetahuan teknikal kredit kewangan yang matang bagi memahami keseluruhan fungsi portal ekosistem kerana Ekosistem diberi mandat untuk mengendalikan projek pembangunan Portal Ekosistem Kredit. Projek ini dilihat bakal memberi impak besar terhadap ekosistem kewangan koperasi bagi melaksanakan projek ini dengan lebih konsisten, ia memerlukan pengetahuan teknikal kredit kewangan yang matang bagi memahami keseluruhan fungsi portal ekosistem.
  • Memastikan Ekosistem Kredit Kewangan yang merupakan satu rantaian perkhidmatan yang bakal menyediakan kemudahan kepada koperasi-koperasi kredit di Malaysia dalam memberi pembiayaan secara berhemah kepada pelanggan sasaran berjalan lancar dan baik.
  • Bertanggungjawab menguruskan Program Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK) yang merupakan satu program kerjasama di antara Seksyen Ekosistem Kewangan, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan penglibatan semua 16 JKAN yang bertujuan memperkenal dan mempromosi produk-produk MAAB kepada semua koperasi berpotensi dalam usaha menaiktaraf ekonomi koperasi.
  • Bertanggungjawab mengendalikan pembangunan projek-projek seperti pelaburan dari dana potongan gaji, potongan baru (Majikan/Potongan Tambahan), pelaburan Dana Semasa Digital Banking.

(ii) SEKSYEN JUALAN DAN PEMASARAN
  • Merangka promosi dan perancangan jualan setiap negeri dalam pemasaran Produk BA100.
  • Menyelaras dan membantu Program BA100 Negeri kepada Pegawai Jualan Negeri dalam isu-isu berkaitan jualan, pembekalan dan pembayaran tempahan.
  • Membantu Pengurusan dan Unit Jualan dan Pemasaran di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan IT.
  • Menyelaras dan bekerjasama dengan agensi (Kerajaan dan Swasta) untuk menjayakan Program Jualan Harga Patut.
  • Mewujudkan Jaringan Perniagaan di antara koperasi.
  • Menyediakan Laporan Bulanan Jualan dan Pemasaran kepada Pengurusan.
  • Membantu pengurusan di dalam menyediakan SOP Jualan dan Pemasaran yang betul untuk mencapai KPI ANGKASA, menyediakan bajet sasaran tahunan untuk mencapai KPI Jualan, laporan Bajet KWAPb dan KPI ANGKASA.


Interested candidates please submit your application through Jobstore

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD994434
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Petaling Jaya, Malaysia
  • Education
    Not mentioned