Melaksanakan dan menyempurnakan segala kerja-kerja penyelenggaraan rutin termasuk dan tidak terhad kepada tugasan memotong rumput, penggantian guardrail, pembersihan longkang dan semua kerja-kerja yang dilakukan di mainline serta juga bangunan.
Memastikan kelengkapan kerja berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Perlu menguji dam menyemak setiap peralatan supaya sebarang kerosakan yang dikesan dapat dibaiki secepat mungkin agar tidak menggangu operasi kerja.
Merekod, melapor serta mengambil gambar setiap kerja-kerja yang telah siap dilakukan ke dalam borang yang disediakan secara manual atau melalui tablet yang disediakan oleh syarikat.
Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dan peralatan bagi memastikan ianya sentiasa di dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Memastikan kerja-kerja yang dilakukan mematuhi peraturan keselamatan, kesihatan dan pekerjaan yang ditetapkan oleh syarikat.
Melakukan mana-mana kerja yang diarahkan oleh pihak engurusan dari masa ke semasa bagi membantu melancarkan operasi syarikat.
Keperluan dan Kelayakan
Lepasan SPM beserta minimum dua tahun pengalam dalam mengandilikan kerja-kerja am.
Pengetahuan dalam pengendalian dan penggunaan alatan/mesin asas seperti mesin pemotong rumput, alat sepana, gergaji rantai, dan lain-lain alat mesin dan penyelenggaraan.
Kemahiran dalam penggunaan komputer, tablet, komputer riba, atau mana-mana peranti elektronik lain untuk mengisi sebarang borang/ laporan yang diperlukan untuk kerja.
Berkebolehan membaiki, mengganti mana-mana peralatan kebersihan dan melakukan kerja-kerja paip termasuk juga pengetahuan asas dalam kerja-kerja elektrik.