Bertanggungjawab memimpin operasi harian bahagian Uncle Jack termasuk pengeluaran produk, kawalan kualiti, kebersihan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan pasukan untuk mencapai sasaran jualan serta kepuasan pelanggan.
Tanggungjawab Utama
Menyelia operasi harian di bahagian Uncle Jack mengikut piawaian syarikat.
Merancang jadual kerja dan membahagikan tugas kepada anggota pasukan.
Memastikan pengeluaran produk mengikut resipi, piawaian kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan.
Memantau stok bahan mentah, membuat pesanan pembekal dan mengawal tahap inventori.
Menyediakan laporan jualan harian/mingguan serta memastikan pencapaian sasaran KPI.
Melatih, membimbing dan memotivasikan pasukan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
Menyelesaikan aduan pelanggan dengan segera dan profesional.
Memastikan kepatuhan kepada prosedur keselamatan makanan (Halal, HACCP, GMP) dan standard operasi syarikat.
Menjalankan pemeriksaan kebersihan, susun atur produk dan promosi di kaunter.
Bekerjasama dengan pihak pengurusan stor dalam melaksanakan promosi dan aktiviti pemasaran.
Kelayakan
Minimum SPM atau setaraf; sijil/diploma dalam bidang kulinari, bakeri atau hospitaliti adalah satu kelebihan.
Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman dalam operasi bakeri atau makanan segera, termasuk pengalaman sebagai penyelia.
Pengetahuan dalam teknik masakan, kawalan kualiti dan keselamatan makanan.
Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi, dan pengurusan pasukan.
Boleh bekerja dalam persekitaran pantas, mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum.
Sikap bertanggungjawab, proaktif dan berorientasikan pelanggan.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
Free parking
Health insurance
Maternity leave
Opportunities for promotion
Parental leave
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.