Syarikat kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai
Admin Operation
. Kami sedang mencari individu yang berpotensi untuk menyertai pasukan kami.
Kriteria Kelayakan - Admin Operasi
Warganegara Malaysia.
Minimum Diploma
dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran, Logistik, atau setara.
Pengalaman minimum 1-2 tahun
dalam operasi, pengurusan projek kecil, atau kerja-kerja penyelarasan tapak adalah satu kelebihan.
Boleh bekerja di luar kawasan (outstation)
mengikut keperluan projek.
Mahir menggunakan komputer
(Microsoft Office - Word, Excel, WhatsApp Business, dll).
Mampu berkomunikasi dengan baik
dengan supplier, pihak bangunan, dan pasukan dalaman.
Rajin, cekap, dan proaktif
dalam menyelesaikan tugasan tanpa pengawasan ketat.
Mempunyai lesen memandu B2/D
dan kenderaan sendiri.
Berdisiplin dan mampu bekerja di bawah tekanan
dengan tarikh akhir yang ketat.
Skop Tugas:
1. Penyelaras Pembukaan Kedai (Outlet Launching):
Menyusun dan menyelaras keperluan pembukaan outlet termasuk tarikh, lokasi, dan susun atur.
Menyediakan dan menyemak senarai semak (checklist) sebelum pelancaran kedai.
2. Pengurusan Tapak & Koordinasi Pihak Ketiga:
Berurusan secara langsung dengan wireman, kontraktor, dan site supervisor bagi memastikan kerja berjalan lancar dan ikut jadual.
Menyediakan laporan status tapak kepada pihak pengurusan secara berkala.
3. Pengurusan Material & Percetakan:
Menyusun tempahan sticker, signboard, dan bahan promosi lain mengikut spesifikasi dan tarikh penghantaran dll.
Mengurus pemasangan bahan promosi di tapak dengan supplier berkaitan.
4. Komunikasi & Penyelarasan Pihak Luar:
Menjadi penghubung antara syarikat dan pihak supplier, konsultan, dan pengurusan bangunan/premis.
Menyediakan surat rasmi dan permohonan berkaitan kepada pengurusan premis (jika diperlukan).
5. Penyediaan Laporan Operasi:
Menyediakan laporan mingguan mengenai kemajuan kerja di tapak dan status pelancaran outlet.
Menyimpan rekod semua komunikasi dan dokumen berkaitan projek.
6. Tugas-Tugas Am Operasi:
Memastikan semua aspek sokongan logistik (seperti barang promosi, alatan pembukaan kedai, dan dokumen projek) disediakan dan dihantar ke lokasi dengan tepat pada waktunya.
Kelebihan:
Peluang untuk pembelajaran dan perkembangan profesional.
Gaji yang kompetitif serta faedah tambahan yang menarik.
Persekitaran kerja yang dinamik dengan sokongan pasukan yang kukuh.
Latihan berterusan untuk pembangunan kerjaya jangka panjang.
Calon-calon yang berminat dan memenuhi kriteria dikehendaki menghantar resume terkini berserta salinan sijil-sijil yang berkaitan ke
HR.signaturediy@outlook.com
Sila nyatakan tajuk e-mel sebagai
"Permohonan Jawatan: ADMIN OPERATION".
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Kami menghargai setiap permohonan yang diterima, dan hanya calon yang dipilih akan dihubungi.
Tarikh akhir permohonan: 30 Nov 2024
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Health insurance
Opportunities for promotion
Professional development
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.