Financial Advisor bertanggungjawab membantu penjawat awam membuat permohonan pinjaman koperasi dengan potongan gaji, melalui proses semakan kelayakan, kiraan pinjaman, penerangan pakej, serta penyediaan dokumen lengkap sebelum dihantar ke koperasi/bank.
Skop Kerja Utama
Menghubungi pelanggan (penjawat awam) melalui WhatsApp, panggilan telefon atau menghantar analisa pinjaman.
Meminta dan menyemak slip gaji pelanggan untuk menentukan kelayakan pinjaman.
Membuat kiraan pinjaman asas termasuk overlap, jumlah tunai diterima, dan ansuran bulanan baru.
Memberi penerangan jelas mengenai pakej pinjaman yang sesuai serta menasihati pelanggan tentang pilihan terbaik.
Membantu pelanggan dalam penyediaan dokumen dan menguruskan serahan dokumen ke koperasi/bank.
Mengikuti arahan, prosedur kerja, serta melaporkan kemajuan kepada pengurus secara berkala.
Tanggungjawab Tambahan
Menjaga hubungan baik dengan pelanggan.
Merekod semua permohonan dengan tepat.
Mengamalkan kerahsiaan maklumat pelanggan.
Keperluan Jawatan
Minimum SPM / Diploma.
Boleh melakukan pengiraan asas (latihan akan disediakan).
Kemahiran komunikasi yang baik melalui WhatsApp dan panggilan.
Mempunyai sikap positif, proaktif, dan sanggup belajar.
Boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
Pengalaman dalam bidang jualan atau kewangan adalah satu kelebihan (tidak wajib).
Ganjaran & Manfaat
Gaji asas + komisen + insentif.
Komisen + insentif yang menarik.
Latihan menyeluruh & bimbingan 1-1 oleh pengurus.
Database pelanggan disediakan (tidak perlu cari sendiri).
Suasana kerja yang positif & sokongan pasukan.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM5,000.00 per month
Application Question(s):
Adakah anda selesa buat kira-kira mudah (contoh tambah, tolak, darab, bahagi?)
Adakah anda selesa untuk hubungi pelanggan melalui Whatsapp & Call?
Language:
Bahasa Melayu (Required)
Location:
Kuala Lumpur (Required)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.