Digital Marketing Admin (full Time)

Wangsa Maju, M14, MY, Malaysia

Job Description

JAWATAN KOSONG: DIGITAL MARKETING ADMIN (FULL-TIME)

Lokasi: HEJJA HQ - Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Hejja ialah jenama functional-food yang semakin berkembang dengan rangkaian produk seperti Hegula, Hegrano & Hecafe -- semuanya dibangunkan untuk bantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat tanpa kompromi rasa.

Jika anda suka social media, minat marketing, dan nak kerja yang penuh kreativiti...
ini mungkin jawatan untuk anda.

DIGITAL MARKETING ADMIN -- HEJJA HQ

Kalau anda...

Minat tengok posting viral & suka kira "reach" naik hari-hari Suka scroll social media baca dan balas komen nitezen Kreatif bila buat caption dan copywriting Boleh buat video simple, gambar lawa & ikut gaya trending Suka reply komen & DM customer dengan vibe mesra + profesional Tahu bila masa emas untuk post & siapa audience yang kita target
...anda mungkin calon yang kami tengah cari!

TUGAS & SKILL YANG KAMI PERLUKAN:

- SPM / Diploma / Degree apa-apa bidang pun okay -- janji minat digital marketing & nak belajar
- Umur 22-32 tahun (Fresh Grad sangat dialu-alukan!)
- Buat posting harian untuk IG, FB, TikTok
- Boleh hasilkan gambar menarik, video pendek & edit content simple
(Canva, CapCut atau apps lain -- yang penting hasil kemas)
- Ada skill copywriting -- caption kena padu & engaging
- Tahu cara boost engagement, reach & followers (organik + berbayar)
- Boleh run ads basic (FB Ads / TikTok Ads)
- Aktif jaga komen & DM dengan customer service yang ikhlas & sabar
- Ada growth mindset: Try ? Learn ? Improve

?APA VALUE YANG ANDA AKAN DAPAT BILA JOIN HEJJA HQ?

1. Kerja anda bantu orang jadi lebih sihat.



Setiap posting & content anda bawa mesej penting -- bantu rakyat Malaysia kurangkan gula & jaga kesihatan. Posting yang anda buat ada purpose.

2. Anda akan belajar marketing real-business, bukan teori.



Branding strategy Sosial media growth Content performance analysis Ads management Creative direction
Ilmu yang ramai cari -- anda dapat terus on the job.

3. Environment kerja yang fun, positif & penuh idea.



Team sporting + supportive Tiada politik pejabat Idea anda didengar dan dicuba Suasana kerja tenang tapi bertenaga

4. Peluang grow cepat dalam kerjaya digital marketing.



Hejja brand tengah naik -- banyak ruang untuk anda pegang projek besar.

5. Ganjaran & support yang jelas.



Gaji menarik Bonus prestasi Tools & training disediakan Office selesa + sarapan pagi disediakan
APA YANG KAMI JAMIN:

- Gaji tepat waktu
- Tempat kerja positif, tak toxic
- Bimbingan untuk berkembang

READY NAK KERJA DALAM DIGITAL MARKETING YANG ADA IMPAK?

Kalau anda suka dunia digital marketing, suka content, suka explore trend dan nak kerja yang bantu orang jadi lebih sihat...

Jom sertai HEJJA HQ sebagai Digital Marketing Admin! Di sini, posting anda bukan sekadar naik reach -- ia naikkan kualiti hidup orang.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,200.00 - RM3,000.00 per month

Work Location: In person

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD1340316
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Wangsa Maju, M14, MY, Malaysia
  • Education
    Not mentioned