Mengurus semua pesanan daripada ejen, sama ada dihantar kepada vendor luar atau diproses menggunakan templat rasmi NTS.
Tanggungjawab Utama
1. Terima & Semak Order Ejen
Terima maklumat pesanan daripada ejen (produk, kuantiti, saiz, material, tarikh siap, nama atau logo khas).
Tentukan sama ada pesanan perlu dihantar ke vendor luar atau diproses menggunakan templat NTS.
2. Proses Pesanan Ejen kepada Vendor
Sediakan artwork dalam format vendor-ready (AI/PDF/PNG dengan CMYK, bleed dan resolusi yang sesuai).
Hantar pesanan ke portal atau e-mel vendor lengkap dengan butiran seperti kuantiti, material dan jenis finishing.
Pantau status pesanan dengan vendor serta semak proof sebelum memberikan kelulusan.
Rekod semua penghantaran ke dalam sistem (Google Sheet/ERP) untuk tujuan penjejakan.
3. Edit Pesanan Ejen menggunakan Templat NTS
Masukkan data khas seperti nama pelajar, kelas, dan logo sekolah/agensi ke dalam templat rasmi NTS.
Uruskan pesanan secara pukal dengan tepat dan pantas menggunakan templat sedia ada.
Semak setiap fail (ejaan, logo, susun atur) sebelum dihantar ke bahagian produksi dalaman.
Simpan dan kemas kini katalog reka bentuk/templat untuk kegunaan ejen pada masa akan datang.
4. Kawalan Kualiti (QC)
Pastikan semua artwork vendor dan templat bebas daripada kesilapan reka bentuk.
Lakukan semakan berganda pada proof vendor dan hasil cetakan dalaman sebelum dikeluarkan.
5. Dokumentasi & Komunikasi
Kekalkan rekod lengkap bagi semua pesanan ejen (vendor submission dan template edit).
Bertindak sebagai penghubung antara ejen, pasukan jualan, vendor dan produksi bagi mengelakkan salah faham.
Maklumkan perkembangan kepada pasukan jualan atau ejen sekiranya terdapat isu atau perubahan status pesanan.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Free parking
Professional development
Education:
Bachelor's (Preferred)
Experience:
Graphic Design: 1 year (Required)
Work Location: In person
Beware of fraud agents! do not pay money to get a job
MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.