Pegawai Penilai (PP) TVET-Setiausaha Korporat EksekutifKelayakan Akademik:
Memiliki sijil SKM Tahap 3 atau DKM Setiausaha Korporat Eksekutif-FB-025-3:2012.
Memiliki sijil INDUKSI & VTO/ TVET-I.
Mempunyai sijil kursus induksi PP/PPD/PPB .
Mempunyai sifat kepimpinan, proaktif, mampu berkomunikasi dengan baik dan baik tingkahlaku.
Berkebolehan membangunkan WIM.
Boleh menerima arahan dan menjalankan tugas yg diberikan.
Tugas dan Tanggungjawab :
Merangka prosedur latihan kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan bersama PPD;
Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard/NOSS;
Menjelaskan kepada pelatih tentang objektif, keperluan latihan kemahiran dan proses penilaian merangkumi teori dan amali/prestasi program bertauliah berdasarkan NOSS terkini;
Mendaftarkan pelatih melalui sistem yang ditetapkan bagi tujuan mengikuti program latihan;
Melaksanakan proses latihan Kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan/bertauliah dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih secara berterusan;
Membuat proses penilaian teori dan amali bagi pelaksanaan core abilities yang meragkumi komunikasi, sahsiah, disiplin, keyakinan diri, etika dan lain-lain;
Memantau perkembangan prestasi dan membimbing pelatih pada setiap keterampilan;
Membimbing pelatih dalam penyediaan rekod bukti keterampilan.
Mengisi, melengkap dan mengesahkan Rekod Penilaian Kumulatif (RPK) pelatih sebaik sahaja penilaian diselesaikan berasaskan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
Memastikan rekod penilaian pelatih dikemaskini dalam sistem sebaik sahaja selesai penilaian dilaksanakan;
Mengurus persijilan pelatih yang telah menyelesaikan latihan kemahiran berdasarkan program bertauliah; dan
Melaksanakan tindakan susulan hasil laporan PPL bagi tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa.