Eksekutif Operasi

Kuala Terengganu, Malaysia

Job Description


1) Bertanggungjawab terhadap semua urusan operasi harian pos dibawah selian sepanjang masa.
2) Menjaga nama baik dan harta benda syarikat sepanjang masa.
3) Mematuhi dan menggunakan modul operasi yang dibekalkan seperti yang diarahkan ibupejabat.
4) Eksekutif Operasi dikehendaki segera menghubungi ibu pejabat sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan modul tersebut.
5) Melaporkan diri kepada Pengurus Negeri/Ibu Pejabat tentang status terkini pos kawalan secara mingguan.
6) Membuat pengambilan pengawal baru yang berkualiti dan berdisplin untuk pos kawalan yang kekurangan anggota pengawal. Borang permohonan hendaklah dipastikan lengkap diisi oleh pengawal termasuk dokumen sokongan seperti gambar berukuran passport, nombor akaun BSN/Public Bank dan salinan kad pengenalan.
7) Mengisi borang pembukaan pos bagi pos baru bersama gambar-gambar kawasan berpotensi untuk kes jenayah dan mendapatkan pengesahan pelanggan di dalam borang tersebut sepanjang masa.
8) Bertanggungjawab terhadap latihan insentif di tempat kerja untuk pengawal baru sehingga anggota tersebut mampu menjalankan tugas secara cekap dan memahami tugasnya sepanjang masa.
9) Memastikan jumlah pekerja dan jam kerja adalah penuh seperti termaktub dalam kontrak dengan pelanggan sepanjang masa.
10) Membuat pemeriksaan terhadap kualiti kerja pengawal dan mengambil tindakan disiplin kepada pengawal yang gagal mengikut skop yang telah ditetapkan oleh pelanggan (buku laporan, buku keluar masuk, rondaan berkunci dan sebagainya yang berkaitan) sepanjang masa.
11) Memastikan kelengkapan pengawal lengkap seperti yang termaktub dalam kontrak pelanggan dengan membuat pesanan kepada ibu pejabat dan membuat pemeriksaan berkala terhadap kelengkapan pengawal di pos seliaanya. Kelengkapan tersebut hendaklah dipastikan berada dalam keadaan baik dan terjaga sepanjang masa.
12) Mengemaskini maklumat kelengkapan dan uniform didalam simpanannya setiap bulan dan dihantar kepada ibu pejabat setiap sepuluh (10) haribulan setiap bulan.
13) Memastikan jadual kehadiran kerja pengawal dihantar dua (2) kali sebulan iaitu pada sepuluh (10) haribulan untuk pinjaman dan dua puluh (20) haribulan untuk pembayaran gaji.
14) Membuat lawatan kepada pelanggan dan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan melalui laporan prestasi sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan. Laporan tersebut hendaklah dihantar pada sepuluh (10) haribulan tanpa gagal.
15) Menghadirkan diri di pos kawalan dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang masalah di kawasan seliaan.
16) Memastikan invois syarikat diperiksa lengkap dan dihantar sebelum tujuh (7) haribulan setiap bulan kepada pelanggan untuk tuntutan. Pegawai juga dikehendaki merujuk kepada ibupejabat status pembayaran dan memastikan pembayaran tidak tertunggak lebih daripada masa yang sepatutnya.
17) Membuat lawatan dan pemeriksaan mengejut di pos kawalan pada waktu malam secara berkala. Borang lawatan hendaklah diserahkan pada setiap dua puluh (20) haribulan setiap bulan.
18) Menghadirkan diri pada setiap mesyuarat yang diadakan oleh pihak pelanggan tanpa gagal.
19) Memastikan penalti tidak dikenakan oleh pelanggan atas kelemahan penyeliaanya dan memastikan penalti tersebut tidak berulang dengan mencari mekanisma penyelesaian.
20) Memaklumkan kepada ibu pejabat/pengurus negeri sekiranya keluar daripada daerah seliannya jika berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
21) Membuat penyiasatan secara lengkap terhadap sebarang kes pencerobohan/kehilangan pelanggan dan memastikan ianya dimaklumkan dengan kadar segera kepada ibupejabat.
22) Memastikan semua dokumen/surat/invois dibuat salinan dan difailkan mengikut format yang dikhendaki syarikat. Dokumen yang diterima daripada pelanggan hendaklah dengan kadar segera dihantar ke ibu pejabat.
23) Membuat kaji selidik pasaran dan mencari pelanggan yang berpotensi untuk syarikat. Borang kajiselidik hendaklah dihantar sebulan sekali pada sepuloh (10) haribulan setiap bulan.
24) Mewakili syarikat ke lawatan tapak, jabatan tenaga kerja dan sebagainya seperti yang diarahkan oleh ibupejabat.
25) Menyimpan rahsia syarikat.
26) Mematuhi segala undang-undang syarikat.
27) Tugas dan tanggungjawab yang sebagainya yang diarahkan dari masa ke semasa daripada ibu pejabat. KRITERIA KELAYAKAN 1. Berkelulusan Ijazah dan berpengalaman dalam bidang SEKURITI. 2. Lelaki 3. Jujur, amanah & komited 4. Berumur 25 tahun dan ke atas 5. KOMITED dalam menjalankan tugas. Boleh bekerja lebih masa (sekiranya perlu) adalah satu kelebihan 6. Berpenampilan kemas, menarik dan sopan 7. Boleh bekerja di dalam tekanan secara kumpulan dan berseorangan dengan pengawasan yang minimum 8. Keutamaan diberikan kepada calon yang tinggal berdekatan 9. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pelanggan 10. Mempunyai kenderaan sendiri (Motosikal atau Kereta) dan mempunyai lesen Sanggup menghadiri kursus/latihan yang diberikan jika perlu Job Type: Full-time Salary: RM2,000.00 - RM2,800.00 per month Benefits:

  • Maternity leave
  • Parental leave
COVID-19 considerations:
Setiap pekerja mestilah menjaga jarak antara satu sama lain sekurang - kurangnya satu meter. Ability to commute/relocate:
  • Kuala Terengganu: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)

Beware of fraud agents! do not pay money to get a job

MNCJobz.com will not be responsible for any payment made to a third-party. All Terms of Use are applicable.


Related Jobs

Job Detail

  • Job Id
    JD877099
  • Industry
    Not mentioned
  • Total Positions
    1
  • Job Type:
    Full Time
  • Salary:
    Not mentioned
  • Employment Status
    Permanent
  • Job Location
    Kuala Terengganu, Malaysia
  • Education
    Not mentioned